Wednesday, August 5, 2009

STAGE OF LIFE

TEEN AGE:

HAVE TIME + ENERGY........BUT NO MONEY



WORKING AGE:

HAVE MONEY + ENERGY.........BUT NO TIME


OLD AGE:

HAVE MONEY + TIME..........BUT NO ENERGY









Mak Ayah 'Penentu' Anak Cemerlang

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2.
Berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!

1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik .
– bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan ? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang
- pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
- Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan -mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh
- Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang.
-Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri .
-Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya .
-Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka .
-Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda.
-Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda.
-Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam -biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna .
-Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
-Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja.
Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita.

Sekian, Terima Kasih.

Maklumat ini di dapati daripada sahabat sahabat Sek. Men. Teknik Ipoh

Information about Engine Oil



Viscosity and Viscosity Index (VI).

The proper viscosity is the single most important criteria of a lubricating oil. The basic performance of machinery is based on the viscosity of the lubricant. Viscosity is, if you like, the resistance to the flowability of the oil. The thicker an oil, the higher its viscosity. The chart on the right shows a rough guide to ambient temperatures vs oil viscosity performance in both multigrade (top half) and single grade (lower half) oils.
Multigrade oils work by having a polymer added to a light base oil which prevents the oil from thinning too much as it warms up. At low temperatures, the polymers are coiled up and allow the oil to flow as it's low number (W number) indicates. As the oil heats up, the polymers unwind into long chains which prevent the oil from thinning as much as it normally would. The result is that at 100°C, the oil has thinned only as much as it's higher rating. Think of it like this: a 10W30 oil is a 10-weight oil that will not thin more than a 30-weight oil when it gets hot.
The viscosity index of a lubricant is an empirical formula that allows the change in viscosity in the presence of heat to be calculated. This tells the user how much the oil will thin when it is subjected to heat. The higher the viscosity index, the less an oil will thin at a specified temperature. Multi-viscosity motor oils will have a viscosity index well over 100, while single viscosity motor oils and most industrial oils will have a VI of about 100 or less.

A quick guide to the different grades of oil.

Fully SyntheticCharacteristics
0W-30
0W-40
5W-40
Fuel economy savings
Enhances engine performance and power
Ensures engine is protected from wear and deposit build-up
Ensures good cold starting and quick circulation in freezing temperatures
Gets to moving parts of the engine quickly
Semi-syntheticCharacteristics
5W-30
10W-40
15W-40
Better protection
Good protection within the first 10 minutes after starting out
Roughly three times better at reducing engine wear
Increased oil change intervals - don't need to change it quite so often
MineralCharacteristics
10W-40
15W-40
Basic protection for a variety of engines
Oil needs to be changed more often

Engine Oil Shelf Life.

ProductShelf Life
Base Oils, Process Oils3 years
Hydraulic Oils, Compressor Oils, General Purpose Lubricating Oils2 years
Engine Oils and Transmission Oils3 years
Industrial and Automotive Gear Oils2 years
Metal Working and Cutting Oils1 year

Tuesday, August 4, 2009

SOLAT

Ditulis oleh Ustaz Zahazan
Jumaat, 17 Julai 2009 17:35
Salam....

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi.

Waktu Subuh

Pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.

Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu.

Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zuhur

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita


Waktu Maghrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.

Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Monday, July 20, 2009

Kaedah periksa tayar kenderaan

Masih baik ke tayar kenderaan kita?

Ada beberapa cara untuk periksa tayar kenderaan kita.

Sebenarnya banyak maklumat yang terletak/tertulis pada tayar kita
  1. Tarikh tayar di buat: Pada tayar kenderaan kita terdapat tarikh bila tayar diperbuatkan. tayar ssebuah kenderaan tahan/jangkahayatnya adalah lima tahun sahaja, jika lebih kemungkinan tidak tahan lagi dari segi menampong haba geseran berlaku dan lain lain.
  2. Bunga pada tayar: Terdapat petunjuk pada tayar, untuk diperiksa samada bunga pada tayar masih banyak atau sudah dikategorikan botak. Jika keseluruhan permukaan tayar sudah sekata dengan penanda aras ( bulatan putih ) menunjukan tayar sudah botak.
  3. Kebolehan tayar: Apa yang dimaksudkan adalah ketahanan tayar untuk membawa beban dan kelajuan maksima kenderaan dimana ia bergantung kepada jenis dan model tayar yang ditunjukkan pada tayar dengan kod yang tertentu.






4. Tekanan angin tayar: Tekanan angin di dalam tayar juga menyebabkan tayar kenderaan kita tidak tahan lama, seperti tekanan berlebihan boleh menyebabkan tayar cepat haus di bahagian tengah tayar dan jika tekanan angin telalu kurang menyebabkan tayar akan cepat haus di kedua dua bahagian sebelah luar.




















Selain daripada itu, keperihatinan kita terhadap tayar juga perlu, supaya jangkahayat tayar kenderaann kita lebih lama, maka secara tidak langsung akan menjimatkan 'poket' kita, seperti amalan membuat pertukaran silang tayar setiap 5000km ( Rujuk gambar 'Tire Rotation').




Monday, June 29, 2009

Memancing di Sg Besar

Memancing satu aktiviti sambilan yang dibuat mengikut keadaan....kita bukan dalam golongan 'hardcore'. Aktiviti memancing di Sg Besar pada bulan Jun yang lalu di rancang khas oleh para sahabat dari Shah Alam. 3 hari 2 malam, terpaksa pergi pada hari bekerja iaitu Isnin, Selasa dan Rabu kerana pada hujung minggu 'jadual tekong' penuh.
Md Zin dan Boy sedang simpan ais batu dalam ruang yang terdapat di dalam bot....

Bot yang disewa agak selesa....bilik tidur ada pendingin hawa dan besar, kalau 10 orang memang cantik.
Sahabat bersiap awal.......macam tak sabar je......Alias dan Faizul. Mereka ini boleh di kategorikan 'hardcore'. Faizul ada sampan sendiri di Kuala Selangor.


Udang Lipan antara umpan yang di bawa.....sesuai untuk ikan Jenahak.....tapi kena hati hati semasa hendak pegang Udang Lipan nie......

Hasil yang pertama ...... ikan kerapu kurang lebih 5 kilo.......boleh tahan jugak...syabas Faizul (bermata hitam)
Fauzi bersama hasil tangkapannya......Kurau. Jadi la tu......mengena juga la mata pancing aku....