Monday, July 20, 2009

Kaedah periksa tayar kenderaan

Masih baik ke tayar kenderaan kita?

Ada beberapa cara untuk periksa tayar kenderaan kita.

Sebenarnya banyak maklumat yang terletak/tertulis pada tayar kita
  1. Tarikh tayar di buat: Pada tayar kenderaan kita terdapat tarikh bila tayar diperbuatkan. tayar ssebuah kenderaan tahan/jangkahayatnya adalah lima tahun sahaja, jika lebih kemungkinan tidak tahan lagi dari segi menampong haba geseran berlaku dan lain lain.
  2. Bunga pada tayar: Terdapat petunjuk pada tayar, untuk diperiksa samada bunga pada tayar masih banyak atau sudah dikategorikan botak. Jika keseluruhan permukaan tayar sudah sekata dengan penanda aras ( bulatan putih ) menunjukan tayar sudah botak.
  3. Kebolehan tayar: Apa yang dimaksudkan adalah ketahanan tayar untuk membawa beban dan kelajuan maksima kenderaan dimana ia bergantung kepada jenis dan model tayar yang ditunjukkan pada tayar dengan kod yang tertentu.






4. Tekanan angin tayar: Tekanan angin di dalam tayar juga menyebabkan tayar kenderaan kita tidak tahan lama, seperti tekanan berlebihan boleh menyebabkan tayar cepat haus di bahagian tengah tayar dan jika tekanan angin telalu kurang menyebabkan tayar akan cepat haus di kedua dua bahagian sebelah luar.




















Selain daripada itu, keperihatinan kita terhadap tayar juga perlu, supaya jangkahayat tayar kenderaann kita lebih lama, maka secara tidak langsung akan menjimatkan 'poket' kita, seperti amalan membuat pertukaran silang tayar setiap 5000km ( Rujuk gambar 'Tire Rotation').




No comments: