Monday, June 29, 2009

Memancing di Sg Besar

Memancing satu aktiviti sambilan yang dibuat mengikut keadaan....kita bukan dalam golongan 'hardcore'. Aktiviti memancing di Sg Besar pada bulan Jun yang lalu di rancang khas oleh para sahabat dari Shah Alam. 3 hari 2 malam, terpaksa pergi pada hari bekerja iaitu Isnin, Selasa dan Rabu kerana pada hujung minggu 'jadual tekong' penuh.
Md Zin dan Boy sedang simpan ais batu dalam ruang yang terdapat di dalam bot....

Bot yang disewa agak selesa....bilik tidur ada pendingin hawa dan besar, kalau 10 orang memang cantik.
Sahabat bersiap awal.......macam tak sabar je......Alias dan Faizul. Mereka ini boleh di kategorikan 'hardcore'. Faizul ada sampan sendiri di Kuala Selangor.


Udang Lipan antara umpan yang di bawa.....sesuai untuk ikan Jenahak.....tapi kena hati hati semasa hendak pegang Udang Lipan nie......

Hasil yang pertama ...... ikan kerapu kurang lebih 5 kilo.......boleh tahan jugak...syabas Faizul (bermata hitam)
Fauzi bersama hasil tangkapannya......Kurau. Jadi la tu......mengena juga la mata pancing aku....

No comments: